Tuesday, June 12, 2012

Monday, December 5, 2011

redha dan pasrah~~hm...

Tanggal 5hb Nov 2011, aku di sahkan mengandung 5 minggu. alhamdulillah..akhirnya termakbul jugak doa kami suami isteri. aku mula berangan2, start baca buku pasal bayi, nama bayi, walaupun aku tahu ianya masih awal untuk semua itu.

Namun, panas yang aku harapkan sampai ke petang, rupanya tanda hendak hujan di tengahari.. ternyata Allah lebih sayangkan zuriat kami. 19 haribulan 11, aku keguguran. aku sedih sgt masa tu. tapi ternyata, suamiku lebih tenang menghadapi dugaan ini. kerana ketenangan beliau, aku pun semakin redha dan dapat terima segalanya.

Dalam pada itu, aku belajar sesuatu. mungkin aku tak sepatutnya berjalan jauh semasa mula2 mengandung. aku jugak sepatutnya tidak terlalu excited. yelah kan, wanita mana yang tak gembira bila dapat tahu dirinya mengandung buat kali pertama hasil dari perkahwinan yang halal atas dasar cinta ye tak? itu adalah tanda cinta aku terhadap suami ku. aku dan suami menitiskan airmata bila dapat tahu aku sedang mengandung. jadi, tentu saja kami amat mengharapkan impian ini menjadi nyata kan?

dan jugak, aku tahu, pasti ada hikmah nya kenapa semua ini berlaku kan. ini semua adalah rancangan Allah S.W.T yang Maha Mengasihani hamba2 nya. ternyata Dia mempunyai rancangan lain untuk aku dan suami.

dalam pada itu, seorang dari kenalan aku jugak keguguran. dan ternyata, kehilangan beliau lebih besar dari aku kerana anak yang dikandung selama 8 bulan, hanya menunggu masa untuk melahirkan saja telah meninggal di dalam perut. aku terfikir, kehilangan aku tidaklah sebesar kehilangan beliau. ternyata beliau lebih tabah menghadapi dugaan ini. dan ada juga beberapa kenalanku yang telah mendirikan rumahtangga selama 5 tahun, tidak lagi mempunyai zuriat. namun beliau masih tenang dan tidak putus asa mencuba.

Alhamdulillah, aku dan kenalan2 ku itu ternyata antara yang bertuah diuji Allah SWT. Ya Allah, aku bersyukur dan redha dengan ketentuanmu Ya Allah..aku percaya pada rezeki. dan aku tahu Kau ternyata punyai rancangan yang hebat untuk aku Ya Allah..insyaAllah~~

Wednesday, September 28, 2011

interview

26/9/2011 tarikh aku pergi interview di ampang selangor. sebuah syarikat pembinaan panggil aku untuk interview session. aku mmg nak tukar tempat kerja sangat2. mmg kat tempat aku kerja sekarang ni tak dapat memuaskan nafsu serakah aku yang penuh dengan passion untuk bekerja dan bergaji tinggi. so, sharp pukul 3.30ptg aku dah ada depan pintu opis tempat aku g interbiu tu.

nervous jgn cakap la..syarikat besar tapi syarikat melayu. so, sampai2 aku pun jumpe la kerani dia yang kol aku hari tu. dia suh aku isik borang (standard la..). lepastu, tepat kul 4 dia panggil aku masuk bawak borang skali. yang interview aku 3 orang. contact manager, hr manager dan c.o.o company. gigil gak la. tapi seperti biasa, aku jawab segala soalan mereka2 ini dengan penuh keyakinan walaupun aku tau ada diantara jawapan aku tu agak salah. hehhehe..yakin tu yang penting kan...dalam banyak2 interview yang aku g, interview kali ni la yang paling lamaaaaaaa aku pernah hadiri. selama satu jam setengah diorang interview aku. tak putus soalan2 mencabar mereka bagi pada aku namun aku jawab dgn tenang dan yakin...Alhamdulillah..ini tentu berkat doa aku sepanjang perjalanan..semoga tidak sulit interview kali ini..

sampai la ke soalan terakhir, aku inagt lagi soalan nya, ''kenapa awk nak berhijrah ke tempat lain?'' aku jawab dengan jujur, ''tak ada sedikit pun cacat cela dengan company yang saya sedang bekerja sekarang, cuma..selama 2 tahun kerja saya cuma buat tender. sy tak rasa kepuasan dalam bekerja disana. saya nakkan satu kepuasan. sy nak carik kepuasan tu dan sy yakin company encik yang besar ni mampu beri sy kepuasan yang saya carik. dan pulak, gaji saya kecil. sy nak gaji yang besarrr...(line yang terakhir tu aku tambah je..tak terucap pun..hehe)..

tibalah saat yang di tunggu2. expected salary. once dia tanye pasal tu, then aku tau aku mmg dah dapat kerja tu. aku suh dia tgk dalam borang kerja aku tu. tapi malangnya, dia nak offer aku jauh lebih rendah dari apa yang aku dapat sekarang. aku jadik terkejut dan sedih..

kenapa sanggup dia nak offer aku lebih rendah dari yang aku dpt sekarang? what did he expect? aku ni terdesak sgt ke nak keje kat tempat dia tu? dia seakan2 memandang rendah kebolehan aku. aku jadik sedih, bengang, xsuke xsuke xsuke....

aku balik, bincang dgn kekasih hati aku. dia kata, kerja yang dia nak suh aku buat tu, sekurang2 nye bayar rm5k sebulan. huhu..sedih kan? company melayu mmg macam ni.. aku jadi bersyukur dgn apa yang aku ada sekarang dan bertekad untuk memajukan diri. kalau ada rezeki, insyaAllah, aku akan dapat tempat yang lebih baik dari itu..
insyaAllah...

wassalam...

Thursday, September 15, 2011

La La La Kerja laaaa....



Ha... pening kepala...
Memikirkan tak ada kerja...
TANAM ANGGUR... diploma
Ah gantung DI DINDING saja...
Ooo, lega rasanya...
JAWAT kerja pegawai pemasaran...
Di Pertama...
Rupa oh rupa2 nya...
Kerja AM saja...

Chorus:
La la la
Hari hari kerja...
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
Hidup harus kerja... kerja...

Repeat chorus 2x
[ Lyrics from: http://www.lyricsfreak.com/m/meet+uncle+hussein/la+la+la+kerjalah_20659925.html ]
Ahhhh... terpinga-pinga...
Tak puas lagi beradu... mengantuk~...
Subuh hingga senja...
Hari hari sama saja...

Ahh... nak bancuh kopi...
Tapi gulanya TIADA...
Minum saja...
Kerja bagai nak gila...
TAK JUGA KAYA...

Repeat chorus 2x

Gelisah... ku gelisah...
Mengenangkan masa depan...
Ku harus kerja...
Ohhh mesti kerja...
Tiada ada apa yg percuma...
REALITI jika tiada kerja...
Ohhh, papa kedana...

hehehe..tengok tu..orang kita..bile takde kerja memang sangap. nak pegi sana sini, tak de duit. bila nak ada duit, kita kene lah kerja kan. bila kerja, kite boleh rolling duit kita tu untuk kehidupan harian kita. bayar bill, makan pakai, bayar kereta, sewa ruma, telefon..kalo ade lebih, boleh buat simpanan..main kutu ke.. mana tahu ade emergency, nak kawen ke, sakit ke, nak bagi keluarga ke..kan?

Tapi masalah orang kita bila bekerja, tak ada motivasi langsung. sbb tu la, kerje sekejap je berenti. ade yang kerja cuma bertahan setahun dua, nak benti carik kije lain. ade yang ponteng kerja, ada yang tak buat kerja ( mcm aku la..asik berlamanweb sosial aje..)..
TAPI,,, apa yang aku nak tekankan kat sini, janganlah kita salahkan pekerja semata2. Aku anti betul ngan HR DEPARTMENT. Susah nak jumpa HR DEPARTMENT yang betul2 dulukan pekerja. sikit2 hanya nak sebelahkan employer je. habistu, nasib employee sape nak bela kan? sepatutnya, HR DEPARTMENT mesti adil. hak keduanya dibela.--bukan main diplomatik lagi gua. apa? mau gado?

contoh la...aku dah kerja kat 4 companies. tapi ke empat2nye bumiputera. maaf cakap la..tapi kalo kompeni melayu ni, kebanyakkannye mmg kedekut nak kuar duit untuk staff. means, kebajikan staff diorang jarang nak jaga. apa salahnye keluar duit sikit, hantar staff2 anda pergi kem motivasi, every month, bagi insentif..atau intensif..(entahlah yang mana satu..)..setahun sekali, hantar g trip..dua bulan sekali hantar g training.. Ini tidak. duit kepuk2, buat beli kereta baru, renovate rumah sendiri, adakan sampai duit kenduri kat rumah bos pon company bayar. bukan main besar lagi ko?

sbb tu la ramai pekerja yang tak ada motivasi nak bekerja. diperah habis habisan, tapinye, bayar ciputtt je..sekali sekala, bagi la pujian. ini tak de..langsung takde. sikit2, kesalahan pekerja jugak yang di carik. boleh? bukan la nak cakap apa..macam aku selalu cakap pada diri sendiri, kalo kerja sbb duit, mmg kita takkan berjaya.. tapi masalah nye skarang ni, bukan harap sangat duit, tapi sekurang2 nya, bagi la sedikit dorongan untuk pekerja lebih rajin. macam anugerah employee of the month ke, untuk company jugak kan? tak payah susah2 nak buang masa latih pekerja baru bila yang lama berhenti kerja. ini tidak. malahan, ade company yang lebih sanggup hire pekerja baru daripada naikkan gaji pekerja yang sedia ada. bengong la diorang ni sebenarnye. ala..apa sangat la naik setakan seratus dua kan. tak luak pun aku rasa..

Macam kawan aku sorang, dah 3 tahun kerja, gaji dia naik sekali je. itu pun sbb dia ugut nak benti kije. ape punye company kan? kat kl ni, gaji rm2k sebulan korang ingat cukup? sewa rumah je dah separuh gaji. makan hari2 lagi? mana nak korek duit. kerja siang malam, mana ada o.t. kalo gaji bawah rm1.5k, boleh gak claim o.t. tapi kalo graduan yang gaji rm2k, kerje macam nak mati pun, hok tu gak gaji cukup bulan. mmg tak fair. belajar tinggi2 sampai degree, dapat company yang tak tahu nak fikir macam tu, mmg la tak berbaloi. sbb tu la member2 aku ramai yang kerja lompat2. carik company yang boleh bagi gaji besar sikit dari yang lama. cukup setahun tak naik gaji, lompat lagi. mcm tu baru leh naik gaji. teruk kan? aku rasa tak berbaloi langsung!

Naik pangkat? huh! dalam mimpi je lah beb..sekarang ni kita main naik pangkat kroni je ye. ko nak naik pangkat, kene jadik sedara bos tahu. ko kawen la ngan sepupu bos ke, ngan adik bos ke..baru leh apply naik pangkat. takpun, ko kene jilat2 sikit buntut bos ko. baru leh naik pangkat. itu pun belom tentu lagi. boleh ke macam tu?

bila ada masalah pasal pengurusan, nak mengadu kat HR DEPARTMENT, wtf?? bini bos kot kat HR DEPARTMENT tu..hehehe...ko ngadu, ko lagi kene torture teruk baik punya..so, untuk selamat, baik ko mendiamkan diri sendiri kan? betol tak? lama2 stress. lama2 leh jadik gila. tak silap aku, malaysia ni negara ke 9 dunia yang penuh ngan org gila tahu? stress punye pasal. ni sume sbb ko lah HR DEPARTMENT! hehehe..






hm..apa kata kita gesa company2 macam ni supaya terima cadangan aku ni. biar diorang tahu bertapa penat lelah pekerja harus dihargai. kita manusia perlukan motivasi. dgn cara itu, kita akan lebih stabil dan gembira dalam melakukan pekerjaan kita,...insyaAllah..

so, slamat bekerja semua..!!CHAIYO'!!




putus cinta ka?


Assalamualaikum..


Hari ini, tokcik nak membincangkan satu perkara yang berkaitan dengan cinta. tapi topiknye tak best pun, topiknye adalah 'putus cinta'. bila kita cakap pasal putus cinta ni, hampir semua orang dalam dunia ni menggambarkan ianya sebagai sesuatu yang menyedihkan dan menganggap satu musibah buat diri mereka. ade yang berdendam, ade yang sampai membunuh, ade yang mencederakan diri sendiri dan orang lain, ade jugak yang bunuh diri. Mmg tokcik tak nafikan, putus cinta memang sedih. memang sedih pun. Mcm tokcik pernah terbaca kat satu blog ni, dia siap panggil xgirl dia sebagai 'perempuan parasit'. ada ka patut? tak baik tau gelar orang macam tu..mmg hang marah, and mungkin perempuan tu salah tinggalkan hang. Bila kita marah takdir Allah yang menyatakan yang dia bukan untuk kau, kite kutuk xgf kita tu. itu kan ibarat mengutuk takdir Allah jugak? apa kata kita lihat dari sudut yang positif.

Allah dah tetapkan jodoh untuk kita masing2. yang baik untuk yang baik, yang tak baik untuk yang tak baik. semua jodoh yang telah di tentukan oleh Allah SWT adalah yang terbaik untuk kita. kita sebagai hambaNya, tak layak langsung mempersoalkan, kenapa takdir kita macam tu. Hmm..kenapa kita tak fikirkan, ada yang lebih baik dari dia untuk aku, insyaAllah...mungkin aku kene carik dia, tapi kat mana kan? jadi, kita jangan putus asa, kuatkan pendirian untuk carik sendiri jodoh kita itu, carik yang bersesuaian, jangan lupa berdoa..doa itu kan penting, selepas tu macam biasala, kita tawakkal banyak2..jgnan putus asa. walaupun kita perempuan, alah tokcik ni, ape la nak suruh orang pompuan g carik jodoh sendiri? heii heiii...ape lak tak boleh? kalau kita dah jumpa yang baik, dia taknak lamar kita, kita sendiri g lamar dia. Macam dulu2 punye kisah Nabi Muhammad SAW dgn isterinya Siti Khadijah. Siti Khadijah sendiri yang telah melamar nabi. ok2, kita kaitkan dengan kes putus cinta ni ok, Siti Khadijah merupakan seorang yang rupawan dan berhata, dan sangat menjaga maruah diri, tapi mengapa dia diceraikan juga oleh suaminya? dan jugak, selepas menjanda, beliau telah di lamar oleh ramai orang2 kaya yang menawarkan mas kahwin yang tinggi, tapi beliau menolak dengan baik. Allah telah menentukan jodoh beliau dengan manusia paling mulia di dunia akhirat, iaitu Nabi Muhammad SAW. kan? macam yang kita semua tahu Siti Khadijah sendiri yang telah melamar Nabi Muhammad SAW.

So, ade dua perkara positif yang kita boleh ambil sebagai ilmu dan pengajaran, perkara pertama, Bila kita putus cinta, insyaAllah, ada yang lebih baik dari 'X' kita untuk kita..insyaAllah..ketentuan Allah terhadap hambanya, semua ada hikmahnya. semua adalah yang terbaik untuk kita..kita sebagai hamba kene terima dengan redha dan dgn rasa bersyukur ok? yang kedua, sape pulak kata, wanita tak boleh lamar lelaki? so, kalo ade yang berkenan tu, cepat2 la proposed dulu ok? tak salah..kalo dia tolak, takpe la..anggap je takde jodoh, carik je orang lain pulak..huhu

jadiknye, cucu2 tokcik semua, jangan la terlalu kecewa bila kita putus cinta. terima lah ketentuan Allah SWT dengan redha dan berdoa untuk dapat yang lebih baik..insyaAllah....Allah tak pernah menganiaya hamba2 Nya..insyaAllah...

P/S ; Disebabkan entry ini mengandungi nasihat2 yang berbaloi untuk dibaca oleh semua tahap lapisan masyaRakat, so, penulis telah menggunakan nama pena sebaga 'TOKCIK'. biar nampak matang sikit nooo?? hehe..kenapa ;tokcik'? hei apada tanya? suka hati aku la..

Friday, August 19, 2011

cd hadiah harilahir 2~~~

hei..hei..post sebelum ini aku janji nak sambung cerita pasal cd hadiah hari lahir aku kan? ok la...kite skip ke cd yang aku tak sabar2 nak menceritakan pada korang. cd yang ni agak limited edition because cd ni aku carik merata tempat semua dah habis. last2 aku jumpe kat jj maluri cheras. ye..aku beli sendiri tahu. tapi aku mintak ganti balik duit kat dia sbb bile aku g cari ngan dia tak jumpe and aku jumpe cd ni pun accidentally masa hangout ngang adik2 aku beli barang diorang kat jj maluri. so, i bought it first and claimed it later. hehe...ok2.. cd tersebut ialah :

5TH ALBUM : SHEILA MAJID 25 YEARS -BOX-



Seriously, i really love this singer. i love her voice, i love her songs.tak tau aku nak cakap ape dah. kalau korang nak kenal dengan dia, korang belilah album ini. kotak album ini mengandungi 8 album beliau yang mengandungi lagu2 hits. tapi tak semua lagu sebenarnya yang ada dalam album2 ini. tapi sudah cukup untuk anda mengenalinya dan boleh la anda ikut sekali menyanyi bila ke konsertnya dan jugak boleh lah kiranya kali ini anda dapatkan tiket paling depan sekali sbb anda dah tak perlu segan2 sbb tak hafal lagu beliau kan. ok2..antara album yang terdapat dalam kotak ini adalah album Dimensi, Emosi, Warna, Lagenda, Ratu, Ku mohon, Cinta Kita dan Dengarkanlah. semuanya lagu2 lama tapi dalam 'dengarkanlah' hanya ada sebuah lagu iaitu lagu Dengarkanlah dan sebuah minus one lagu dengarkanlah jugak. huhu...this is the best you know...10/10 stars...aku taknak mengulas lanjut tentang album ini sbb aku akan jeles kalo korang ade jugak sama ngan aku kan. so...hahaha...

6TH ALBUM : MUSE : BLACK HOLES AND REVELATIONS



Ok. yang ni album dia bagi sama2 dengan album Star: the cranberries dulu. album ni not bad. suara vocalist dia mmg mantap. lagu2 dia pun semakin matang. tak mcm album sebelum ni sbb sebelum ni music muse masih keteenageran lagi. hehe..ok. lagu2 yang layanz~~antaranya take a bow, starlight, supermassive black hole, map of the problematique, soldier's poem etc.. lagu hit starlight yang menyebabkan aku merengek2 nak kan album ini. `hehe,..dari 10 bintang, aku bagi 7 bintang. layan~~

7TH ALBUM : SHAKIRA : ORAL FIXATION vol 2




So...sexy rite si shakira ni? hehe..tapi, album ini pon 1st class jugak. best bangat lagu2 dalam album ini. semua lagu aku leh layan. bukak radio kuat2 pastu joget2 dalam kereta. orang kereta sebelah pandang buat memek muka pelik. hehe..aku peduli ape? kete aku bukan kete ko. album ni banyak lagu2 best. sume lagu2 dia boleh hits kalo kite kluarkan kat radio. serius best2 lagu dia. lagu sedih, sedih sangat..lagu happy, happy sgt, lagu gile2, gile2 sgt. ok, antara lagu2 dalam album ini yang best2 ialah How do you do, Illegal, Hips dont lie, Animal City, Dont Bother, The Day and The Time, Hey You, Dreams For Plan, Your Embrace, Something, Timor (its alright),Costume makes me clown. album ni agak kontroversi. korang tgk la cover album dia tu. huhu..lagu timor tu pun ade sikit kontroversi tapi aku malas nak citer. engkorang google aje ye. hehe..best..9/10.

9TH ALBUM : LADY GAGA : The Fame Monster


Album ini si dia belikan aku sekali dengan album Taylor Swift. tak rugi mek kalo mu beli album gini. lagu dia best, sore dia sodap. goyang habis punye lah. lagu2 dalam ini album sumenye hits. ade 2 cd. dia letak beberapa lagu lama dia, (untuk malaysia version je la) pastu ade lagu2 baru jugak. masa aku dapat album ni lagu2 tu sume baru la. skarang ni dah jadik lagu lama hokeh. antara lagu2nye, bad romance, alejandro, monster, so happy i could die, speachless, telephone, teeth, paparazi, pokerface, eh,eh ( nothing else i can say) etc...aku bagi 9/10.

10TH AMBUM : TAYLOR SWIFT : Feerless


Aku tak tau la, maybe aku tak minat sangat taylor swift, so, aku rasa album ini ade sedikit bosan bagi aku. maybe suara dia yang tak berapa nak menepati citarasa aku, ataupun lirik dia yang tak berapa nak betul bagi aku atau pun aliran musik dia tak berapa nak sama ngan aliran musik aku. ade je lagu dia yang best, tapi maybe la sbb aku tak berapa nak boleh terima sgt so aku kategorikan sebagai agak bosan la album dia. lagu2nye macam typical je. sama je sume. tapi mungkin sbb citarasa aku tak sama ngan peminat2 beliau kan, sbb album beliau yang ni mendapat sambutan hangat dan memenangi byk award. hehe..ntahla. kalo nak tahu, anda kene dengar sendiri..antara lagu2 yang terdapat dalam album ini, feerless, fifteen, love story, you belong with me, white horse, hey stephen, best day etc..dari 10 aku leh bagi 4 je. hehe

okeh. cukup la aku dah ceritakan tentang 10 album cd hadiah hari lahir yang diberi oleh kekasih hati aku. ade lagi sebenarnye, tapi aku rase cukup la 10 je aku analized untuk korang. yang lenlain korang analized la sendiri. hehe..bye bye~~

Thursday, August 18, 2011

cd lagu hadiah hari lahir ~~


In my last post i did mentioned about a birthday present from my love right? yeah..sangat skeptikal rasenye. tapi untuk pengetahuan semua, aku mmg sukakan musik. musik yang menghidupkan jiwa aku. musik yang memberi aku mood untuk melakukan apa saja. tanpa musik, aku takkan mampu gembira lagi. mujur la kekasih aku faham akan keadaan aku itu. jadinye, every year, hadiah hari lahir aku pastinya c.d lagu. kalo hadiah saje2 nak bagi pun pastinya, cd lagu. and im happy with that. hm..itu bukan topik yang utama ingin aku bincangkan di sini. apa yang aku ingin bincangkan ialah tentang senarai2 cd lagu / album yang si dia hadiahkan buat aku. antaranya :

1ST ALBUM : SHEILA ON 7~O7 DES


ANALISIS : album ini antara album Sheila on 7 yang paling enak didengar donk..lagu lagu seperti 'tunjukkan padaku', 'bapak-bapak', 'pria kesepian', 'hingga ujung waktu', 'seberapa pantas', 'buat aku tersenyum', 'saat aku lanjut usia', 'takkan pernah menyesal' dan lain-lain lagi rata-rata menjadi lagu hit dan album ini telah menunjukkan kematangan sheila on 7 setelah sebelum itu mengeluarkan album bersifat keremajaan. lirik-lirik album ini telah menzahirkan mereka telah memasuki fasa ke dua dalam perhubungan. dalam album ini rata-rata lirik mereka meluahkan kepada perasaan kepada pasangan yang merupakan seorang isteri. It is the best album from sheila on 7 i ever had..try beli, and dengar banyak2 kali ok..


2ND ALBUM: THE CRANBERRIES~STARS-THE BEST OF 1992 - 2002


This album buat aku lebih kenal akan the cranberries. dulu mmg aku suka dgn lagu-lagu mereka. tapi tak byk la yang aku tau. yang popular je mcm lagu zombie, linger, animal instinc dan ade 3,4 lagu lagi. tapi, bile ade album ini, baru aku realized yang byk lagu2 lain yg best sebenarnya. antaranya ode to my family, dreams, salvation, free to decide, daffodil lament, i cant be with you, empty, ridiculous though, promises and so on...dalam album ini, ade 3 cd. 2 cd lagu, satu vcd. ade dalam 20 buah lagu mcm tu tak silap aku. album ini mengandungi lagu2 hit dan lagu2 best the cranberries semenjak zaman permulaan mereka lagi iaitu pada tahun 1992 sehingga ke tahun 2002. jadiknye, dapatkan la album ini ok? sbb tak rugi korang memilikinya. it is also the best album i ever had...

3RD ALBUM : TEN2FIVE ~ME VS HIGH HILL SOUNDTRACT


This is the 1st ten2five's album yang si dia beri. Actually, bukan dia yang g beli. sbb album ni masa tu mmg takde kat malaysia. dia kirim kat kawan dia, Nova Armadaa, coach badminton yang berasal dari indonesia yang melatih di sini. masa tu hari raya, beliau pulang ke kampung, then si dia pun kirim la suh beli untuk saya. hehehe.. album ini merupakan soundtrack album dari filem 'me vs high heel' atau dalam bahasa indonesia nya, 'aku vs sepatu tinggi'. ok. lets us discuss about ten2five dulu. aku kenali mereka masa aku bergiat cergas dalam bidang musik dulu. band mate aku yang introduced them to me di mana kitorang selalu jamming satu dari lagu mereka iaitu lagu 'i will fly''. masa tu aku setakat suka lagu ni, tapi tak tahu sape yang nyanyi. mase tu jugak, aku yang sememangnya buta pekak bisu i.t ni mmg malas nak search kat internet. tapi, when i watched this 'me vs high heel' film @ astro, ade penampilan khas mereka dalam cerita itu. so aku trus jatuh cinta pandang pertama pada band ini dan lebih mengambil tahu tentang mereka. hehehe...di situlah titik permulaan perkenalan rapat antara aku dan ten2five band. hehehe..ok2..sudah2 la cerita pasal mereka. lets us talk about this album now!this album kalo dari 10 bintang, aku beri 8 bintang buat album ini. lagu2 dalam ni semuanya best belaka. hei apadaaa best belaka. rojak btol. hehe..tapi mmg best belaka. ade 1, 2 lagu je yang aku takleh terima sgt. lagu dari band ten2five ada dalam 4 buah lagu sahaja dan empat2 lagunya adalah terbaik!!! lagu-lagunya ialah you, say you will, she wants dan aku untukmu. aku untukmu adalah hasil duet antara mereka dan Rudy Caffeine. Dan lagu2 lain pun tidak kurang hebatnya antaranya ialah lagu seandainya dari dygta, all of this dari space astronauts, tak ingin dari aditya, pengganti dirimu dari ivory, bukan cinta mati dari the bahamas, easy lover dari space astronauts, semua tentangku duet dari teguh dan ivory dan lain2 lagi. best jugak album ni..apapun, kredit lebih untuk ten2five sbb mereka la aku mau ini album ok? luv luv..


4TH ALBUM : GARASI ~garasi~ SOUNDTRACK FILM GARASI


Hm...album ini juga was bought from indonesia oleh encik Nove Armada. dikirim oleh si dia aku untuk hadiah hari lahirku. yang keberapa tu aku tak hengat la. hm..garasi..album ini mmg tepat sekali dengan citarasa aku. aku cintakan lagu2 mereka. mereka sangat creative and rock!!1yeah!! aku jatuh cinta sejak pertama kali aku dgr lagu hit pertama mereka iaitu 'hilang'. membuatkan aku mahu menonton movie mereka iaitu 'garasi'. lepastu aku dapati, lagu2 dalam flm tersebut amatlah hebat dan juga creative. miss Aiu Ratna iaitu vocalist mereka telah buat aku terasa seperti berada di atas pentas bile mendengar lagu2 mereka. ok2..maybe ada di antara kamu kamu ini tak pernah tahu akan kewujudan album ini kerana kamu cuma tahu adanya lagu 'hilang' kan? biar aku ceritakan sedikit sebanyak tentang band yang berasal dari indonesia ini. mereka dipertemukan untuk filem ini sebenarnya di mana sebelum ini mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain. garasi di anggotai oleh 3 orang muda iaitu Miss Aiu ratna (Vocalist), Aries Budiman (Drummer) dan Fedi Nuril (Guitarist). Bile siap je film garasi tersebut, mereka buat keputusan untuk stick with the band. so, terhasil la band Garasi. ok. kite cerita tentang album ini. mengandungi 9 lagu antaranya hilang, diam, teriak, awakening, aku takut mati,sendiri, bukan dan lain2 lagi. dan apa yang aku boleh katakan disini, album mereka ialah Awesome!! get it now and you will love it. muah! ini gambar mereka :


-garasi-dari kiri fedi, aiu dan aries


ok babes. kite jumpa lagi di lain post. sbb perut gua sudah bunyik2 maa...(kantoi tak posa..). dari pagi aku menaip. nanti sambung ok. nak rehat jap. ade banyak lagi cd album yang bakal aku ceritakan pada kamu2 semua. cd lagu yang kekasih aku hadiahkan di hari lahir aku..ok. bye..wassalam..