hei..hei..post sebelum ini aku janji nak sambung cerita pasal cd hadiah hari lahir aku kan? ok la...kite skip ke cd yang aku tak sabar2 nak menceritakan pada korang. cd yang ni agak limited edition because cd ni aku carik merata tempat semua dah habis. last2 aku jumpe kat jj maluri cheras. ye..aku beli sendiri tahu. tapi aku mintak ganti balik duit kat dia sbb bile aku g cari ngan dia tak jumpe and aku jumpe cd ni pun accidentally masa hangout ngang adik2 aku beli barang diorang kat jj maluri. so, i bought it first and claimed it later. hehe...ok2.. cd tersebut ialah :
5TH ALBUM : SHEILA MAJID 25 YEARS -BOX-
Seriously, i really love this singer. i love her voice, i love her songs.tak tau aku nak cakap ape dah. kalau korang nak kenal dengan dia, korang belilah album ini. kotak album ini mengandungi 8 album beliau yang mengandungi lagu2 hits. tapi tak semua lagu sebenarnya yang ada dalam album2 ini. tapi sudah cukup untuk anda mengenalinya dan boleh la anda ikut sekali menyanyi bila ke konsertnya dan jugak boleh lah kiranya kali ini anda dapatkan tiket paling depan sekali sbb anda dah tak perlu segan2 sbb tak hafal lagu beliau kan. ok2..antara album yang terdapat dalam kotak ini adalah album Dimensi, Emosi, Warna, Lagenda, Ratu, Ku mohon, Cinta Kita dan Dengarkanlah. semuanya lagu2 lama tapi dalam 'dengarkanlah' hanya ada sebuah lagu iaitu lagu Dengarkanlah dan sebuah minus one lagu dengarkanlah jugak. huhu...this is the best you know...10/10 stars...aku taknak mengulas lanjut tentang album ini sbb aku akan jeles kalo korang ade jugak sama ngan aku kan. so...hahaha...
6TH ALBUM : MUSE : BLACK HOLES AND REVELATIONS
Ok. yang ni album dia bagi sama2 dengan album Star: the cranberries dulu. album ni not bad. suara vocalist dia mmg mantap. lagu2 dia pun semakin matang. tak mcm album sebelum ni sbb sebelum ni music muse masih keteenageran lagi. hehe..ok. lagu2 yang layanz~~antaranya take a bow, starlight, supermassive black hole, map of the problematique, soldier's poem etc.. lagu hit starlight yang menyebabkan aku merengek2 nak kan album ini. `hehe,..dari 10 bintang, aku bagi 7 bintang. layan~~
7TH ALBUM : SHAKIRA : ORAL FIXATION vol 2
So...sexy rite si shakira ni? hehe..tapi, album ini pon 1st class jugak. best bangat lagu2 dalam album ini. semua lagu aku leh layan. bukak radio kuat2 pastu joget2 dalam kereta. orang kereta sebelah pandang buat memek muka pelik. hehe..aku peduli ape? kete aku bukan kete ko. album ni banyak lagu2 best. sume lagu2 dia boleh hits kalo kite kluarkan kat radio. serius best2 lagu dia. lagu sedih, sedih sangat..lagu happy, happy sgt, lagu gile2, gile2 sgt. ok, antara lagu2 dalam album ini yang best2 ialah How do you do, Illegal, Hips dont lie, Animal City, Dont Bother, The Day and The Time, Hey You, Dreams For Plan, Your Embrace, Something, Timor (its alright),Costume makes me clown. album ni agak kontroversi. korang tgk la cover album dia tu. huhu..lagu timor tu pun ade sikit kontroversi tapi aku malas nak citer. engkorang google aje ye. hehe..best..9/10.
9TH ALBUM : LADY GAGA : The Fame Monster
Album ini si dia belikan aku sekali dengan album Taylor Swift. tak rugi mek kalo mu beli album gini. lagu dia best, sore dia sodap. goyang habis punye lah. lagu2 dalam ini album sumenye hits. ade 2 cd. dia letak beberapa lagu lama dia, (untuk malaysia version je la) pastu ade lagu2 baru jugak. masa aku dapat album ni lagu2 tu sume baru la. skarang ni dah jadik lagu lama hokeh. antara lagu2nye, bad romance, alejandro, monster, so happy i could die, speachless, telephone, teeth, paparazi, pokerface, eh,eh ( nothing else i can say) etc...aku bagi 9/10.
10TH AMBUM : TAYLOR SWIFT : Feerless
Aku tak tau la, maybe aku tak minat sangat taylor swift, so, aku rasa album ini ade sedikit bosan bagi aku. maybe suara dia yang tak berapa nak menepati citarasa aku, ataupun lirik dia yang tak berapa nak betul bagi aku atau pun aliran musik dia tak berapa nak sama ngan aliran musik aku. ade je lagu dia yang best, tapi maybe la sbb aku tak berapa nak boleh terima sgt so aku kategorikan sebagai agak bosan la album dia. lagu2nye macam typical je. sama je sume. tapi mungkin sbb citarasa aku tak sama ngan peminat2 beliau kan, sbb album beliau yang ni mendapat sambutan hangat dan memenangi byk award. hehe..ntahla. kalo nak tahu, anda kene dengar sendiri..antara lagu2 yang terdapat dalam album ini, feerless, fifteen, love story, you belong with me, white horse, hey stephen, best day etc..dari 10 aku leh bagi 4 je. hehe
okeh. cukup la aku dah ceritakan tentang 10 album cd hadiah hari lahir yang diberi oleh kekasih hati aku. ade lagi sebenarnye, tapi aku rase cukup la 10 je aku analized untuk korang. yang lenlain korang analized la sendiri. hehe..bye bye~~






