Wednesday, September 28, 2011

interview

26/9/2011 tarikh aku pergi interview di ampang selangor. sebuah syarikat pembinaan panggil aku untuk interview session. aku mmg nak tukar tempat kerja sangat2. mmg kat tempat aku kerja sekarang ni tak dapat memuaskan nafsu serakah aku yang penuh dengan passion untuk bekerja dan bergaji tinggi. so, sharp pukul 3.30ptg aku dah ada depan pintu opis tempat aku g interbiu tu.

nervous jgn cakap la..syarikat besar tapi syarikat melayu. so, sampai2 aku pun jumpe la kerani dia yang kol aku hari tu. dia suh aku isik borang (standard la..). lepastu, tepat kul 4 dia panggil aku masuk bawak borang skali. yang interview aku 3 orang. contact manager, hr manager dan c.o.o company. gigil gak la. tapi seperti biasa, aku jawab segala soalan mereka2 ini dengan penuh keyakinan walaupun aku tau ada diantara jawapan aku tu agak salah. hehhehe..yakin tu yang penting kan...dalam banyak2 interview yang aku g, interview kali ni la yang paling lamaaaaaaa aku pernah hadiri. selama satu jam setengah diorang interview aku. tak putus soalan2 mencabar mereka bagi pada aku namun aku jawab dgn tenang dan yakin...Alhamdulillah..ini tentu berkat doa aku sepanjang perjalanan..semoga tidak sulit interview kali ini..

sampai la ke soalan terakhir, aku inagt lagi soalan nya, ''kenapa awk nak berhijrah ke tempat lain?'' aku jawab dengan jujur, ''tak ada sedikit pun cacat cela dengan company yang saya sedang bekerja sekarang, cuma..selama 2 tahun kerja saya cuma buat tender. sy tak rasa kepuasan dalam bekerja disana. saya nakkan satu kepuasan. sy nak carik kepuasan tu dan sy yakin company encik yang besar ni mampu beri sy kepuasan yang saya carik. dan pulak, gaji saya kecil. sy nak gaji yang besarrr...(line yang terakhir tu aku tambah je..tak terucap pun..hehe)..

tibalah saat yang di tunggu2. expected salary. once dia tanye pasal tu, then aku tau aku mmg dah dapat kerja tu. aku suh dia tgk dalam borang kerja aku tu. tapi malangnya, dia nak offer aku jauh lebih rendah dari apa yang aku dapat sekarang. aku jadik terkejut dan sedih..

kenapa sanggup dia nak offer aku lebih rendah dari yang aku dpt sekarang? what did he expect? aku ni terdesak sgt ke nak keje kat tempat dia tu? dia seakan2 memandang rendah kebolehan aku. aku jadik sedih, bengang, xsuke xsuke xsuke....

aku balik, bincang dgn kekasih hati aku. dia kata, kerja yang dia nak suh aku buat tu, sekurang2 nye bayar rm5k sebulan. huhu..sedih kan? company melayu mmg macam ni.. aku jadi bersyukur dgn apa yang aku ada sekarang dan bertekad untuk memajukan diri. kalau ada rezeki, insyaAllah, aku akan dapat tempat yang lebih baik dari itu..
insyaAllah...

wassalam...

No comments:

Post a Comment