Monday, December 5, 2011

redha dan pasrah~~hm...

Tanggal 5hb Nov 2011, aku di sahkan mengandung 5 minggu. alhamdulillah..akhirnya termakbul jugak doa kami suami isteri. aku mula berangan2, start baca buku pasal bayi, nama bayi, walaupun aku tahu ianya masih awal untuk semua itu.

Namun, panas yang aku harapkan sampai ke petang, rupanya tanda hendak hujan di tengahari.. ternyata Allah lebih sayangkan zuriat kami. 19 haribulan 11, aku keguguran. aku sedih sgt masa tu. tapi ternyata, suamiku lebih tenang menghadapi dugaan ini. kerana ketenangan beliau, aku pun semakin redha dan dapat terima segalanya.

Dalam pada itu, aku belajar sesuatu. mungkin aku tak sepatutnya berjalan jauh semasa mula2 mengandung. aku jugak sepatutnya tidak terlalu excited. yelah kan, wanita mana yang tak gembira bila dapat tahu dirinya mengandung buat kali pertama hasil dari perkahwinan yang halal atas dasar cinta ye tak? itu adalah tanda cinta aku terhadap suami ku. aku dan suami menitiskan airmata bila dapat tahu aku sedang mengandung. jadi, tentu saja kami amat mengharapkan impian ini menjadi nyata kan?

dan jugak, aku tahu, pasti ada hikmah nya kenapa semua ini berlaku kan. ini semua adalah rancangan Allah S.W.T yang Maha Mengasihani hamba2 nya. ternyata Dia mempunyai rancangan lain untuk aku dan suami.

dalam pada itu, seorang dari kenalan aku jugak keguguran. dan ternyata, kehilangan beliau lebih besar dari aku kerana anak yang dikandung selama 8 bulan, hanya menunggu masa untuk melahirkan saja telah meninggal di dalam perut. aku terfikir, kehilangan aku tidaklah sebesar kehilangan beliau. ternyata beliau lebih tabah menghadapi dugaan ini. dan ada juga beberapa kenalanku yang telah mendirikan rumahtangga selama 5 tahun, tidak lagi mempunyai zuriat. namun beliau masih tenang dan tidak putus asa mencuba.

Alhamdulillah, aku dan kenalan2 ku itu ternyata antara yang bertuah diuji Allah SWT. Ya Allah, aku bersyukur dan redha dengan ketentuanmu Ya Allah..aku percaya pada rezeki. dan aku tahu Kau ternyata punyai rancangan yang hebat untuk aku Ya Allah..insyaAllah~~