
Assalamualaikum..
Hari ini, tokcik nak membincangkan satu perkara yang berkaitan dengan cinta. tapi topiknye tak best pun, topiknye adalah 'putus cinta'. bila kita cakap pasal putus cinta ni, hampir semua orang dalam dunia ni menggambarkan ianya sebagai sesuatu yang menyedihkan dan menganggap satu musibah buat diri mereka. ade yang berdendam, ade yang sampai membunuh, ade yang mencederakan diri sendiri dan orang lain, ade jugak yang bunuh diri. Mmg tokcik tak nafikan, putus cinta memang sedih. memang sedih pun. Mcm tokcik pernah terbaca kat satu blog ni, dia siap panggil xgirl dia sebagai 'perempuan parasit'. ada ka patut? tak baik tau gelar orang macam tu..mmg hang marah, and mungkin perempuan tu salah tinggalkan hang. Bila kita marah takdir Allah yang menyatakan yang dia bukan untuk kau, kite kutuk xgf kita tu. itu kan ibarat mengutuk takdir Allah jugak? apa kata kita lihat dari sudut yang positif.
Allah dah tetapkan jodoh untuk kita masing2. yang baik untuk yang baik, yang tak baik untuk yang tak baik. semua jodoh yang telah di tentukan oleh Allah SWT adalah yang terbaik untuk kita. kita sebagai hambaNya, tak layak langsung mempersoalkan, kenapa takdir kita macam tu. Hmm..kenapa kita tak fikirkan, ada yang lebih baik dari dia untuk aku, insyaAllah...mungkin aku kene carik dia, tapi kat mana kan? jadi, kita jangan putus asa, kuatkan pendirian untuk carik sendiri jodoh kita itu, carik yang bersesuaian, jangan lupa berdoa..doa itu kan penting, selepas tu macam biasala, kita tawakkal banyak2..jgnan putus asa. walaupun kita perempuan, alah tokcik ni, ape la nak suruh orang pompuan g carik jodoh sendiri? heii heiii...ape lak tak boleh? kalau kita dah jumpa yang baik, dia taknak lamar kita, kita sendiri g lamar dia. Macam dulu2 punye kisah Nabi Muhammad SAW dgn isterinya Siti Khadijah. Siti Khadijah sendiri yang telah melamar nabi. ok2, kita kaitkan dengan kes putus cinta ni ok, Siti Khadijah merupakan seorang yang rupawan dan berhata, dan sangat menjaga maruah diri, tapi mengapa dia diceraikan juga oleh suaminya? dan jugak, selepas menjanda, beliau telah di lamar oleh ramai orang2 kaya yang menawarkan mas kahwin yang tinggi, tapi beliau menolak dengan baik. Allah telah menentukan jodoh beliau dengan manusia paling mulia di dunia akhirat, iaitu Nabi Muhammad SAW. kan? macam yang kita semua tahu Siti Khadijah sendiri yang telah melamar Nabi Muhammad SAW.
So, ade dua perkara positif yang kita boleh ambil sebagai ilmu dan pengajaran, perkara pertama, Bila kita putus cinta, insyaAllah, ada yang lebih baik dari 'X' kita untuk kita..insyaAllah..ketentuan Allah terhadap hambanya, semua ada hikmahnya. semua adalah yang terbaik untuk kita..kita sebagai hamba kene terima dengan redha dan dgn rasa bersyukur ok? yang kedua, sape pulak kata, wanita tak boleh lamar lelaki? so, kalo ade yang berkenan tu, cepat2 la proposed dulu ok? tak salah..kalo dia tolak, takpe la..anggap je takde jodoh, carik je orang lain pulak..huhu
jadiknye, cucu2 tokcik semua, jangan la terlalu kecewa bila kita putus cinta. terima lah ketentuan Allah SWT dengan redha dan berdoa untuk dapat yang lebih baik..insyaAllah....Allah tak pernah menganiaya hamba2 Nya..insyaAllah...
P/S ; Disebabkan entry ini mengandungi nasihat2 yang berbaloi untuk dibaca oleh semua tahap lapisan masyaRakat, so, penulis telah menggunakan nama pena sebaga 'TOKCIK'. biar nampak matang sikit nooo?? hehe..kenapa ;tokcik'? hei apada tanya? suka hati aku la..
No comments:
Post a Comment