Wednesday, September 28, 2011

interview

26/9/2011 tarikh aku pergi interview di ampang selangor. sebuah syarikat pembinaan panggil aku untuk interview session. aku mmg nak tukar tempat kerja sangat2. mmg kat tempat aku kerja sekarang ni tak dapat memuaskan nafsu serakah aku yang penuh dengan passion untuk bekerja dan bergaji tinggi. so, sharp pukul 3.30ptg aku dah ada depan pintu opis tempat aku g interbiu tu.

nervous jgn cakap la..syarikat besar tapi syarikat melayu. so, sampai2 aku pun jumpe la kerani dia yang kol aku hari tu. dia suh aku isik borang (standard la..). lepastu, tepat kul 4 dia panggil aku masuk bawak borang skali. yang interview aku 3 orang. contact manager, hr manager dan c.o.o company. gigil gak la. tapi seperti biasa, aku jawab segala soalan mereka2 ini dengan penuh keyakinan walaupun aku tau ada diantara jawapan aku tu agak salah. hehhehe..yakin tu yang penting kan...dalam banyak2 interview yang aku g, interview kali ni la yang paling lamaaaaaaa aku pernah hadiri. selama satu jam setengah diorang interview aku. tak putus soalan2 mencabar mereka bagi pada aku namun aku jawab dgn tenang dan yakin...Alhamdulillah..ini tentu berkat doa aku sepanjang perjalanan..semoga tidak sulit interview kali ini..

sampai la ke soalan terakhir, aku inagt lagi soalan nya, ''kenapa awk nak berhijrah ke tempat lain?'' aku jawab dengan jujur, ''tak ada sedikit pun cacat cela dengan company yang saya sedang bekerja sekarang, cuma..selama 2 tahun kerja saya cuma buat tender. sy tak rasa kepuasan dalam bekerja disana. saya nakkan satu kepuasan. sy nak carik kepuasan tu dan sy yakin company encik yang besar ni mampu beri sy kepuasan yang saya carik. dan pulak, gaji saya kecil. sy nak gaji yang besarrr...(line yang terakhir tu aku tambah je..tak terucap pun..hehe)..

tibalah saat yang di tunggu2. expected salary. once dia tanye pasal tu, then aku tau aku mmg dah dapat kerja tu. aku suh dia tgk dalam borang kerja aku tu. tapi malangnya, dia nak offer aku jauh lebih rendah dari apa yang aku dapat sekarang. aku jadik terkejut dan sedih..

kenapa sanggup dia nak offer aku lebih rendah dari yang aku dpt sekarang? what did he expect? aku ni terdesak sgt ke nak keje kat tempat dia tu? dia seakan2 memandang rendah kebolehan aku. aku jadik sedih, bengang, xsuke xsuke xsuke....

aku balik, bincang dgn kekasih hati aku. dia kata, kerja yang dia nak suh aku buat tu, sekurang2 nye bayar rm5k sebulan. huhu..sedih kan? company melayu mmg macam ni.. aku jadi bersyukur dgn apa yang aku ada sekarang dan bertekad untuk memajukan diri. kalau ada rezeki, insyaAllah, aku akan dapat tempat yang lebih baik dari itu..
insyaAllah...

wassalam...

Thursday, September 15, 2011

La La La Kerja laaaa....



Ha... pening kepala...
Memikirkan tak ada kerja...
TANAM ANGGUR... diploma
Ah gantung DI DINDING saja...
Ooo, lega rasanya...
JAWAT kerja pegawai pemasaran...
Di Pertama...
Rupa oh rupa2 nya...
Kerja AM saja...

Chorus:
La la la
Hari hari kerja...
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
Hidup harus kerja... kerja...

Repeat chorus 2x
[ Lyrics from: http://www.lyricsfreak.com/m/meet+uncle+hussein/la+la+la+kerjalah_20659925.html ]
Ahhhh... terpinga-pinga...
Tak puas lagi beradu... mengantuk~...
Subuh hingga senja...
Hari hari sama saja...

Ahh... nak bancuh kopi...
Tapi gulanya TIADA...
Minum saja...
Kerja bagai nak gila...
TAK JUGA KAYA...

Repeat chorus 2x

Gelisah... ku gelisah...
Mengenangkan masa depan...
Ku harus kerja...
Ohhh mesti kerja...
Tiada ada apa yg percuma...
REALITI jika tiada kerja...
Ohhh, papa kedana...

hehehe..tengok tu..orang kita..bile takde kerja memang sangap. nak pegi sana sini, tak de duit. bila nak ada duit, kita kene lah kerja kan. bila kerja, kite boleh rolling duit kita tu untuk kehidupan harian kita. bayar bill, makan pakai, bayar kereta, sewa ruma, telefon..kalo ade lebih, boleh buat simpanan..main kutu ke.. mana tahu ade emergency, nak kawen ke, sakit ke, nak bagi keluarga ke..kan?

Tapi masalah orang kita bila bekerja, tak ada motivasi langsung. sbb tu la, kerje sekejap je berenti. ade yang kerja cuma bertahan setahun dua, nak benti carik kije lain. ade yang ponteng kerja, ada yang tak buat kerja ( mcm aku la..asik berlamanweb sosial aje..)..
TAPI,,, apa yang aku nak tekankan kat sini, janganlah kita salahkan pekerja semata2. Aku anti betul ngan HR DEPARTMENT. Susah nak jumpa HR DEPARTMENT yang betul2 dulukan pekerja. sikit2 hanya nak sebelahkan employer je. habistu, nasib employee sape nak bela kan? sepatutnya, HR DEPARTMENT mesti adil. hak keduanya dibela.--bukan main diplomatik lagi gua. apa? mau gado?

contoh la...aku dah kerja kat 4 companies. tapi ke empat2nye bumiputera. maaf cakap la..tapi kalo kompeni melayu ni, kebanyakkannye mmg kedekut nak kuar duit untuk staff. means, kebajikan staff diorang jarang nak jaga. apa salahnye keluar duit sikit, hantar staff2 anda pergi kem motivasi, every month, bagi insentif..atau intensif..(entahlah yang mana satu..)..setahun sekali, hantar g trip..dua bulan sekali hantar g training.. Ini tidak. duit kepuk2, buat beli kereta baru, renovate rumah sendiri, adakan sampai duit kenduri kat rumah bos pon company bayar. bukan main besar lagi ko?

sbb tu la ramai pekerja yang tak ada motivasi nak bekerja. diperah habis habisan, tapinye, bayar ciputtt je..sekali sekala, bagi la pujian. ini tak de..langsung takde. sikit2, kesalahan pekerja jugak yang di carik. boleh? bukan la nak cakap apa..macam aku selalu cakap pada diri sendiri, kalo kerja sbb duit, mmg kita takkan berjaya.. tapi masalah nye skarang ni, bukan harap sangat duit, tapi sekurang2 nya, bagi la sedikit dorongan untuk pekerja lebih rajin. macam anugerah employee of the month ke, untuk company jugak kan? tak payah susah2 nak buang masa latih pekerja baru bila yang lama berhenti kerja. ini tidak. malahan, ade company yang lebih sanggup hire pekerja baru daripada naikkan gaji pekerja yang sedia ada. bengong la diorang ni sebenarnye. ala..apa sangat la naik setakan seratus dua kan. tak luak pun aku rasa..

Macam kawan aku sorang, dah 3 tahun kerja, gaji dia naik sekali je. itu pun sbb dia ugut nak benti kije. ape punye company kan? kat kl ni, gaji rm2k sebulan korang ingat cukup? sewa rumah je dah separuh gaji. makan hari2 lagi? mana nak korek duit. kerja siang malam, mana ada o.t. kalo gaji bawah rm1.5k, boleh gak claim o.t. tapi kalo graduan yang gaji rm2k, kerje macam nak mati pun, hok tu gak gaji cukup bulan. mmg tak fair. belajar tinggi2 sampai degree, dapat company yang tak tahu nak fikir macam tu, mmg la tak berbaloi. sbb tu la member2 aku ramai yang kerja lompat2. carik company yang boleh bagi gaji besar sikit dari yang lama. cukup setahun tak naik gaji, lompat lagi. mcm tu baru leh naik gaji. teruk kan? aku rasa tak berbaloi langsung!

Naik pangkat? huh! dalam mimpi je lah beb..sekarang ni kita main naik pangkat kroni je ye. ko nak naik pangkat, kene jadik sedara bos tahu. ko kawen la ngan sepupu bos ke, ngan adik bos ke..baru leh apply naik pangkat. takpun, ko kene jilat2 sikit buntut bos ko. baru leh naik pangkat. itu pun belom tentu lagi. boleh ke macam tu?

bila ada masalah pasal pengurusan, nak mengadu kat HR DEPARTMENT, wtf?? bini bos kot kat HR DEPARTMENT tu..hehehe...ko ngadu, ko lagi kene torture teruk baik punya..so, untuk selamat, baik ko mendiamkan diri sendiri kan? betol tak? lama2 stress. lama2 leh jadik gila. tak silap aku, malaysia ni negara ke 9 dunia yang penuh ngan org gila tahu? stress punye pasal. ni sume sbb ko lah HR DEPARTMENT! hehehe..






hm..apa kata kita gesa company2 macam ni supaya terima cadangan aku ni. biar diorang tahu bertapa penat lelah pekerja harus dihargai. kita manusia perlukan motivasi. dgn cara itu, kita akan lebih stabil dan gembira dalam melakukan pekerjaan kita,...insyaAllah..

so, slamat bekerja semua..!!CHAIYO'!!




putus cinta ka?


Assalamualaikum..


Hari ini, tokcik nak membincangkan satu perkara yang berkaitan dengan cinta. tapi topiknye tak best pun, topiknye adalah 'putus cinta'. bila kita cakap pasal putus cinta ni, hampir semua orang dalam dunia ni menggambarkan ianya sebagai sesuatu yang menyedihkan dan menganggap satu musibah buat diri mereka. ade yang berdendam, ade yang sampai membunuh, ade yang mencederakan diri sendiri dan orang lain, ade jugak yang bunuh diri. Mmg tokcik tak nafikan, putus cinta memang sedih. memang sedih pun. Mcm tokcik pernah terbaca kat satu blog ni, dia siap panggil xgirl dia sebagai 'perempuan parasit'. ada ka patut? tak baik tau gelar orang macam tu..mmg hang marah, and mungkin perempuan tu salah tinggalkan hang. Bila kita marah takdir Allah yang menyatakan yang dia bukan untuk kau, kite kutuk xgf kita tu. itu kan ibarat mengutuk takdir Allah jugak? apa kata kita lihat dari sudut yang positif.

Allah dah tetapkan jodoh untuk kita masing2. yang baik untuk yang baik, yang tak baik untuk yang tak baik. semua jodoh yang telah di tentukan oleh Allah SWT adalah yang terbaik untuk kita. kita sebagai hambaNya, tak layak langsung mempersoalkan, kenapa takdir kita macam tu. Hmm..kenapa kita tak fikirkan, ada yang lebih baik dari dia untuk aku, insyaAllah...mungkin aku kene carik dia, tapi kat mana kan? jadi, kita jangan putus asa, kuatkan pendirian untuk carik sendiri jodoh kita itu, carik yang bersesuaian, jangan lupa berdoa..doa itu kan penting, selepas tu macam biasala, kita tawakkal banyak2..jgnan putus asa. walaupun kita perempuan, alah tokcik ni, ape la nak suruh orang pompuan g carik jodoh sendiri? heii heiii...ape lak tak boleh? kalau kita dah jumpa yang baik, dia taknak lamar kita, kita sendiri g lamar dia. Macam dulu2 punye kisah Nabi Muhammad SAW dgn isterinya Siti Khadijah. Siti Khadijah sendiri yang telah melamar nabi. ok2, kita kaitkan dengan kes putus cinta ni ok, Siti Khadijah merupakan seorang yang rupawan dan berhata, dan sangat menjaga maruah diri, tapi mengapa dia diceraikan juga oleh suaminya? dan jugak, selepas menjanda, beliau telah di lamar oleh ramai orang2 kaya yang menawarkan mas kahwin yang tinggi, tapi beliau menolak dengan baik. Allah telah menentukan jodoh beliau dengan manusia paling mulia di dunia akhirat, iaitu Nabi Muhammad SAW. kan? macam yang kita semua tahu Siti Khadijah sendiri yang telah melamar Nabi Muhammad SAW.

So, ade dua perkara positif yang kita boleh ambil sebagai ilmu dan pengajaran, perkara pertama, Bila kita putus cinta, insyaAllah, ada yang lebih baik dari 'X' kita untuk kita..insyaAllah..ketentuan Allah terhadap hambanya, semua ada hikmahnya. semua adalah yang terbaik untuk kita..kita sebagai hamba kene terima dengan redha dan dgn rasa bersyukur ok? yang kedua, sape pulak kata, wanita tak boleh lamar lelaki? so, kalo ade yang berkenan tu, cepat2 la proposed dulu ok? tak salah..kalo dia tolak, takpe la..anggap je takde jodoh, carik je orang lain pulak..huhu

jadiknye, cucu2 tokcik semua, jangan la terlalu kecewa bila kita putus cinta. terima lah ketentuan Allah SWT dengan redha dan berdoa untuk dapat yang lebih baik..insyaAllah....Allah tak pernah menganiaya hamba2 Nya..insyaAllah...

P/S ; Disebabkan entry ini mengandungi nasihat2 yang berbaloi untuk dibaca oleh semua tahap lapisan masyaRakat, so, penulis telah menggunakan nama pena sebaga 'TOKCIK'. biar nampak matang sikit nooo?? hehe..kenapa ;tokcik'? hei apada tanya? suka hati aku la..